Saturday, 8 October 2011

Dapatkan Kupon Diskaun RM10 dengan PERCUMA...


 
 Pelanggan-pelanggan yang disayangi,
Sebagai menghargai sokongan anda, Azrina Beauty Care ingin memberikan Kupon Diskaun RM10 kepada semua. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan harga diskaun terhebat ini.
Anda boleh dapatkan kupon ini secara Percuma dengan menghubungi 019-3747649 (Pn. Ena) atau 019-2469266 (Pn. Nor) di area Medan MARA dan Pertama Kompleks.
Syarat-syarat promosi:
1)      Kupon ini hanya sah untuk rawatan facial Intensif (rawatan hingga ke bahu) dan Facial Lifting (rawatan untuk menegangkan kulit muka).
2)      Harga Biasa    - Facial Intensif= RM75.00
- Facial Lifting  = RM80.00
3)      Promosi bermula 1 Oktober – 30 November 2011
Setiap pelanggan yang menerima rawatan facial melalui promosi Kupon RM10 layak untuk menerima satu lagi promosi kupon diskaun RM5 untuk rawatan berikut:
-          Facial Aroma
-          Facial Treatment
-          Facial intensif
-          Facial Lifting
Kupon diskaun RM5 hanya boleh diperolehi di salon Azrina Beauty Care.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati diskaun terhebat kami…

Petua Untuk Menghilangkan Tumit Kaki Pecah


Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Petua Mengempiskan Perut..

  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.                                              Selamat Mencuba...