Monday, 22 August 2011

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari azrina Beauty Care..

Assalamualaikum.. dan selamat berpuasa buat seluruh muslimin dan muslimat... Diam tak diam hanya tinggal seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Macamana dengan persiapan hari raya... ?? tentulah semakin sibuk kan.. Lebih-lebih lagi buat ibu-ibu yang mahukan yang terbaik buat anak-anak tersayang.. Buat warga Kota Kuala Lumpur, pasti sibuk membeli belah specially area Jalan TAR. Mana taknye.. penuh dengan lautan manusia tak kira la weekdays or weekend. So, pelbagai juga la jualan-jualan yang terdapat di area-area tersebut. Dari ujung rambut sampailah ke hujung kaki... Namun yang pasti peniaga-peniaga ini tak melepaskan peluang untuk mencari sedikit rezki berkat bulan yang Mulia ini.

Namun begitu, sedih pulak rasanya untuk meninggalkan bulan seribu rahmat ini. Mungkinkah dapat berjumpa lagi tahun hadapan.?? Insyallah...So, buat muslimin dan muslimat, bersama-samalah kita gunakan sedikit masa yang ada ini sebaik-baiknya... semoga ramadhan kali ini memberikan seribu rahmat buat kita semua.. Insyallah...

No comments: